Tentera Zionis serbu kem Shufat, cetus pertempuran

AL-QUDS, 26 Apr 2017 (PIC) — Pertempuran tercetus tengahari tadi apabila tentera Zionis menyerbu masuk kem pelarian Shufat di timur al-Quds sambil melepaskan tembakan peluru getah, gas pemedih mata dan bom asap.

Lima pemuda cedera terkena peluru getah manakala beberapa yang lain mengalami sesak nafas. Sekurang-kurangnya tiga pemuda Palestin ditangkap.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts