Tentera Zionis serbu masjid di al-Khalil

AL-KHALIL, 27 Jan 2018 — Tentera penjajah Zionis petang tadi menyerbu dan memecah masuk Masjid Shahabah Rasulullah di kejiranan Abu Esnaineh di lorong Abu Isnaina, Kota Lama al-Khalil.

Mereka mengepung masjid tersebut selepas para jemaah selesai menunaikan solat Maghrib, sebelum puluhan orang askar mula masuk dan menggeledah. Pihak tentera mendakwa kononnya telah menjumpai sepucuk senapang otomatik dalam masjid.

Susulan insiden tersebut, tentera Zionis menyoal siasat imam dan pembantunya mengenai senjata terbabit.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts