Tentera Zionis serbu masuk Masjid Lama Umar al-Khattab

QALQILYA, 12 Julai 2017 (Alray) — Tentera penjajah Zionis mengiringi seorang pakar arkeologi Yahudi menyerbu masuk Masjid Lama Umar al-Khattab di kota Qalqilya pagi tadi.

Mereka mengambil foto masjid tersebut, kali kedua dalam tempoh seminggu.

Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin, Sheikh Yusuf Idais, mengecam tindakan tersebut kerana tempat-tempat ibadat di Palestin tidak lagi selamat bahkan terdedah kepada polisi kejam Zionis. Beliau menegaskan bahawa rakyat Palestin dan seluruh umat Islam bertanggungjawab melawan cubaan rejim Zionis melakukan agenda politik mereka ke atas tapak-tapak suci.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts