Tentera Zionis serbu masuk Universiti Birzeit

RAMALLAH, 14 Dis 2016 (Maan) — Lebih 20 buah kenderaan tentera Zionis Zionis menyerbu kampus Universiti Birzeit di utara Ramallah selepas meletupkan pagar di sebelah barat, sebelum pasukan tentera menceroboh masuk beberapa buah bangunan termasuk bahagian pentabdiran.

Mereka menggeledah seluruh kawasan kampus dan merampas peralatan milik blok pelajar Islam, yang dikaitkan sebagai sebuah sayap pertubuhan Hamas.

Dekan Hal Ehwal Pelajar, Mohammed al-Ahmed, melaporkan bahawa serangan tersebut menyebabkan kerosakan harta yang banyak.

Serangan dibuat beberapa jam sebelum bermulanya majlis memperingati ulang tahun penubuhan Hamas.

Universiti Birzeit yang merupakan universiti terbaik di Palestin menjadi sasaran tentera Zionis apabila blok pelajar Islam memenangi pilihanraya kampus sejak dua tahun berturut-turut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts