Tentera Zionis serbu rumah keluarga Ahmad Zaher

NABLUS, 2 Apr 2017 (PIC) — Tentera Zionis menyerbu masuk rumah keluarga remaja yang ditembak mati di al-Quds semalam, Ahmad Zaher Fathi Ghazal, di kawasan Jabal al-Tur di selatan Nablus dan menyoal siasat keluarganya selama lebih empat jam awal pagi tadi.

Tengahari semalam, polis Zionis mengepung dan menyerang Ahmad Zaher, 17, di Kota Lama al-Quds selepas remaja tersebut dikatakan menikam dan mencederakan tiga orang Yahudi. Pasukan polis mengepung mangsa dan melepaskan tembakan secara sengaja walaupun beliau boleh ditangkap dengan mudah tanpa menggunakan senjata.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts