Tentera Zionis serbu sekolah di al-Khalil

AL-KHALIL, 28 Jan 2018 — Tentera penjajah Zionis pagi tadi menyerbu sekolah rendah lelaki al-Ibrahimiya berdekatan Masjid Ibrahimi di Kota Lama al-Khalil, kononnya untuk memburu seorang pelajar yang membaling batu.

Mereka memecah masuk dan memeriksa bilik darjah selepas mengarahkan semua pelajar keluar, atas alasan untuk mencari pelajar yang disyaki membaling batu ke arah tentera.

Tentera Zionis sering menyerang sekolah-sekolah dan institusi pendidikan Palestin di seluruh wilayah Tebing Barat tanpa menghiraukan kepentingan pelajar mendapatkan pendidikan dengan selamat.

Dalam kejadian lain, tentera Zionis menyerbu bandar Beit Ummar di utara al-Khalil dan memecah masuk serta menggeledah dua buah rumah sebelum mencuri barang kemas salah seorang penduduk.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts