Tentera Zionis serbu sekolah di Taqoa, tangkap pengetua

BEIT LAHM, 8 Mei 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menyerbu sebuah sekolah menengah di bandar Taqoa di timur Beit Lahm dan menangkap pengetuanya.

Pasukan tentera mendakwa mereka memburu pemuda yang membaling batu ke arah kenderaan pendatang Yahudi di sebatang jalan berdekatan sekolah tersebut. Pengetua sekolah, Majed al-Shaer, cuba menghalang tentera memecah masuk bilik darjah menyebabkan beliau ditangkap.

Tentera Zionis dikerahkan secara besar-besaran di laluan masuk bandar Taqoa dan membina sekatan jalan di situ.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts