Tentera Zionis serbu stesen TV, culik 7 penduduk Palestin

BEIT LAHM, 13 Julai 2017 (Maan) — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya tujuh penduduk Palestin dan menyerbu pejabat agensi berita TV al-Quds dan Ram Sat for Media Services, serta merampas komputer dan beberapa peralatan lain.

Seorang penduduk diculik dari perkampungan Qusra di selatan Nablus, dua dari perkampungan Qalandiya di Ramallah, dan seorang dari kota al-Bireh. Manakala di wilayah al-Khalil di selatan Tebing barat, dua orang diculik dari kem pelarian al-Aroub dan seorang lagi dari perkampungan Yatta.

Juga di wilayah al-Khalil, tentera Zionis menyerbu pejabat TV al-Quds dan Ram Sat for Media Services dengan memecah pintu, kemudian menggeledah dan merampas komputer serta beberapa peralatan lain.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts