Tentera Zionis serbu tapak arkeologi di al-Khalil

AL-KHALIL, 24 Okt 2017 — Tentera penjajah Zionis menyerbu sebuah tapak arkeologi di perkampungan al-Muwaraq di wilayah al-Khalil tengahari tadi.

Sebilangan kenderaan tentera mengiringi pegawai-pegawai mereka meninjau berkeliaran di kawasan Istana al-Muwaraq dan menghalang pergerakan penduduk Palestin.

Pendatang Yahudi sering menceroboh masuk istana tersebut terutama di musim perayaan Yahudi untuk melakukan ritual Talmud.

Istana al-Muwaraq adalah sebuah bangunan yang dibina di zaman Roman, di atas kawasan seluas 1,600 meter. Tapak ini telah dibaik pulih oleh Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Palestin dengan kerjasama UNESCO pada tahun 2010 dan 2015.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts