Tentera Zionis Serbu Universiti, Tangkap Pesakit

AL-KHALIL, 12 Dis 2017 — Tentera penjajah Zionis hari ini menyerbu masuk kampus Universiti Teknikal Palestin di kem al-Arroub di utara kota al-Khalil, dan menangkap seorang siswa yang sakit dari sebuah ambulan yang membawa beliau ke hospital.

Siswa terbabit, Ibrahim al-Halabi, adalah seorang penduduk bandar Doura dan cedera akibat tembakan gas pemedih mata ketika tentera Zionis menyerang para siswa universiti tersebut.

Menurut saksi, tentera Zionis mengejar dan menyekat ambulan terbabit sebelum menculik Ibrahim.

(Sumber: PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts