Tentera Zionis tabik hormat kepada pendatang Yahudi yang menceroboh al-Aqsa

AL-QUDS, 2 Mei 2017 (PIC) — Polis Zionis mempamerkan sikap hormat mereka kepada pendatang Yahudi yang menceroboh masuk Masjid al-Aqsa sebelum dua orang pegawai tentera melakukan tabik hormat berdekatan Kubah as-Sakhra’ di hadapan gerombolan penceroboh tersebut pagi tadi.

Pengarah Jabatan Wakaf, Sheikh Azzam al-Khatib, menyelar tindakan pasukan keselamatan Zionis itu sebagai langkah untuk menggalakkan lebih ramai Yahudi menceroboh dan mencemar tapak suci umat Islam.

Ketika memasuki kawasan al-Aqsa, mereka menimbulkan kekecohan dan ketegangan dengan melakukan ritual agama Yahudi.

Fenomena baharu ini sangat berbahaya, sekaligus menunjukkan sikap pendatang Yahudi dan rejim Zionis untuk menguasai Masjid al-Aqsa serta melakukan proses Yahudisasi secara berperingkat dan lebih cepat. Tindakan tabik hormat tersebut menggambarkan kekuasaan dan genggaman mereka ke atas al-Aqsa.

Insiden tersebut berkebetulan dengan sambutan ulang tahun tertubuhnya negara haram Israel di atas bumi Palestin.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts