Tentera Zionis Tahan Ambulan, Tangkap Pesakit

AL-KHALIL, 26 Nov 2017 — Tentera penjajah Zionis menahan sebuah ambulan Bulan Sabit Merah Palestin di persimpangan Gush Etzion di al-Khalil, yang sedang berkejar membawa seorang pemuda ke sebuah hospital.

Ambulan tersebut membawa Ahmad Mohammad Abu Mariya dari kem pelarian A-Arroub, apabila beliau cedera dalam pertempuran dengan tentera Zionis, menuju ke Hospital Beit Lahm.

Ahmad Mohammad, 20, ditangkap dan dilarikan oleh tentera Zionis dalam keadaan cedera terkena tembakan peluru hidup di bahagian pehanya.

(Sumber: PIC, IMEMC, PNN)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts