BEIT LAHM, 7 Okt 2016 (Maan) — Tentera penjajah Zionis menahan gadis Palestin Shifa Awad Mahmoud Abu Freijeh, 20, yang berasal dari perkampungan Arta berdekatan Beit Lahm setelah menyoal siasat beliau selama 12 jam di penjara Etzion.
Shifa bersama ibu, abang dan sepupunya hadir ke penjara Eztion setelah menerima arahan tentera semalam. Setelah menunggu di luar penjara selama 12 jam, keluarganya diberitahu bahawa Shifa ditahan kerana “diburu” sejak dua tahun lalu atas alasan keselamatan.
Menurut laporan badan hak asasi Addameer, sekitar 10,000 wanita dan kanak-kanak perempuan Palestin ditahan sejak 45 tahun lalu. Sehingga Ogos lalu, 7,000 penduduuk Palestin masih merengkok dalam penjara Zionis, 56 daripadanya adalah wanita.