Tentera Zionis tangkap 10 penduduk Palestin termasuk 2 mantan Ahli Parlimen

AL-KHALIL, 26 Julai 2020 — Tentera penjajah Zionis hari ini menangkap sekurang-kurangnya 10 penduduk Palestin termasuk dua mantan Ahli Parlimen Hamas dari rumah-rumah mereka di kota Baitulmaqdis dan beberapa daerah Tebing Barat.

Dalam kejadian di awal pagi di al-Khalil, tentera Zionis menangkap mantan Ahli Parlimen Hatem Qafisheh dan Nayef al-Rajoub selepas menggeledah rumah masing-masing di kota al-Khalil dan bandar Dura, barat daya al-Khalil.

Terdahulu tiga pemuda iaitu Wajdi Mo’in Shanti, 20, Mohammad Nour Yassin, 20, dan Wisam Hamada Yassin, 20, ditangkap dari rumah-rumah mereka di Qalqilya.

Sementara di Beit Lahm, tentera Zionis menanangkap Ahmad Arafa, 35, dari kem pelarian Deheishe dan Ahmad Salah Taqatqa, 17, dari bandar Beit Fajjar.

Di kota Baitulmaqdis, polis menangkap dua beradik Rabhi dan Ahmed al-Asmar di Jalan al-Wad, Kota Lama. Polis mengikat kedua-dua tangan serta menutup mata mereka sebelum dilarikan ke lokasi rahsia.

(Palinfo, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts