AL-QUDS, 19 Apr 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis awal pagi tadi menangkap 15 penduduk Palestin di Tebing Barat dan al-Quds.
Pihak Zionis mendakwa tujuh daripada yang ditangkap terlibat dengan aktiviti anti penjajahan.
Empat pelajar wanita dari kampus Abu Dis juga ditangkap. Turut ditangkap adalah dua pemuda dari al-Quds dan dua lagi dari Kafr Qaddum berdekatan Qalqilya.
Terdahulu, tentera penjajah menangkap tiga penduduk Palestin termasuk seorang kanak-kanak perempuan sejurus mereka memasuki kota Beit Lahm.