Tentera Zionis tangkap 15 penduduk Tebing Barat dan al-Quds

AL-QUDS, 15 Nov 2016 (WAFA) — Tentera penjaah Zionis menangkap sekurang-kurangnya 15 penduduk Palestin dalam operasi di seluruh wilayah al-Quds Timur dan Tebing Barat awal pagi tadi.

Lapan orang, termasuk enam kanak-kanak, ditangkap di kejiranan Silwan, al-Issawiya dan Ras al-Amound di al-Quds Timur.

Manakala empat lagi ditangkap di wilayah al-Khalil, dua dari perkampungan Silwad di Ramallah dan sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak dari Beit Lahm.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts