NABLUS, 1 Feb 2018 — Tentera penjajah Zionis hari ini menangkap 18 penduduk Palestin termasuk bekas-bekas tahanan dari beberapa wilayah Tebing Barat.
Mereka menyerang masuk bandar Tal di barat wilayah Nablus dan menangkap lapan penduduk Palestin.
Manakala di wilayah Jenin, tentera Zionis menangkap bekas tahanan Imad Abu-al-Hayja, iaitu anak kepada tahanan Jamal Abu-al-Hayja, serta bekas tahanan Osamah Wasfee, anak kepada menteri Palestin yang masih ditahan, Wasfee Qabah.
Masing-masing seorang penduduk Palestin ditangkap dari wilayah Qalandiya dan Ramallah, manakala dua yang lain dari Qalqilya.
Tentera turut menyerbu bandar Dier Esteyah di barat wilayah Salfit dan memecah masuk lebih 20 rumah penduduk.
(Alray)