Tentera Zionis tangkap 20 penduduk Palestin termasuk suami-isteri

AL-KHALIL, 24 Jan 2018 — Tentera penjajah Zionis awal pagi tadi menangkap 20 penduduk Palestin dalam serbuan di beberapa wilayah Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Dalam kejadian di wilayah al-Khalil, tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah rumah Khalil Hassan Abu Hussein, 32, sebelum menangkap beliau dan adiknya Hussam Abu Hussein bersama isteri, dan kemudian dilarikan ke lokasi yang tidak diketahui. Husam dan isterinya mempunyai dua orang anak.

Tentera Zionis turut menangkap remaja Malek Abed al-Fattah Jawabreh, 16, dari kem pelarian al-Aroub serta Rifat al-Alami dari bandar Beit Ummar di al-Khalil.

Tentera Zionis turut menyerbu wilayah-wilayah Ramallah, Salfit dan Beit Lahm serta menangkap penduduk termasuk bekas tahanan.

Sementara di Baitulmaqdis Timur, dua penduduk ditangkap dari bandar al-Eizariya.

Menurut dokumen PBB, tentera Zionis telah menjalankan sebanyak 176 operasi memburu dan menangkap penduduk Palestin sepanjang tempoh dari 2hb hingga 15hb Januari.

(PIC, Maan)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts