Tentera Zionis tangkap 23 penduduk Palestin, curi wang mangsa

RAMALLAH, 31 Okt 2017 — Tentera penjajah Zionis menangkap 23 penduduk Palestin dari beberapa wilayah di Tebing Barat dan al-Quds sepanjang malam tadi, serta mencuri wang sejumlah 10,000 shekel (RM12,000) dari sebuah rumah di al-Khalil.

Di tenggara Nablus, tiga pemuda termasuk seorang bekas tahanan ditangkap selepas rumah mereka dipecah masuk di kem pelarian Balata dan bandar Kefr Qellil. Ketika kejadian, beberapa buah helikopter berlegar di ruang udara kawasan timur kota Nablus.

Manakala di selatan Jenin, tiga ditangkap dari bandar Jaba. Tentera Zionis memasang sekatan jalan di laluan masuk utama ke bandar tersebut.

Sementara itu seorang pemuda ditangkap dari bandar Kober di utara Ramallah, dan dua lagi dari bandar Silwad di timur Ramallah.

Wang sejumlah 10,000 shekel dicuri oleh pasukan tentera Zionis dari sebuah rumah penduduk di bandar Beit Ummar, al-Khalil. Tentera Zionis turut mendakwa telah menemui sepucuk senapang Carlo dari sebuah rumah yang dipecah masuk.

Di kota al-Quds pula, dua orang ditangkap dari Qalandiya dan kem pelarian Shufat dan seorang lagi ditangkap dari bandar Hazma di timur al-Quds.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts