Tentera Zionis tangkap 3 nelayan Gaza

GAZA, 15 Mei 2017 (PIC) — Tetera laut Zionis semalam menangkap tiga orang nelayan Palestin di perairan Sudaniyah di barat laut kota Gaza.

Nelayan terbabit, Muhammad Said Bakar, 27, Muhammad Tharib Bakar, 22, dan Abdullah Shabri Bakar, 19, dilaporkan di bawa ke pelabuhan Ashdod. Tentera turut melepaskan tembakan ke arah bot-bot nelayan lain ketika kejadian tersebut.

Pada masa yang sama seorang pemuda ditangkap di utara Gaza ketika melintas pagar sempadan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts