Tentera Zionis tangkap 56 penduduk Palestin dari Tebing Barat dan Baitulmaqdis

RAMALLAH, 30 Jan 2018 — Tentera penjajah Zionis menangkap sekurang-kurangnya 56 penduduk Palestin dari Tebing Barat dan Baitulmaqdis sepanjang malam tadi.

Seramai 26 ditangkap dari wilayah-wilayah Tebing Barat manakala 30 yang lain dari kota suci Baitulmaqdis.

Empat orang ditangkap dari kota Jenin termasuk aktivis Hamas, Ibrahim al-Jaber dan Jumu’a Abu Khalifa, yang diculik dari rumah mereka.

Tentera Zionsi turut menyerang masuk wilayah Nablus dan menculik dua penduduk setelah memecah masuk rumah mereka.

Wakil Hamas di kota Beit Lahm, Karim Ayad, 65, dan siswa Iyas al-Farahin, 22, turut diculik dari rumah mereka.

Manakala di Baitulmaqdis, 30 orang ditangkap dari rumah-rumah mereka di bandar al-Issawiya.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts