Tentera Zionis tangkap 6 penduduk Palestin di Tebing Barat

BEIT LAHM, 21 Julai 2020 — Tentera penjajah Zionis pagi tadi melancarkan operasi besar-besaran memecah masuk rumah dan menangkap penduduk Palestin di Tebing Barat.

Seramai tiga pemuda, Jihad Yousef Badawi, Mohammad Mahmoud Ghawanma dan Mustafa Adnan Abu Shanab, ditangkap selepas pasukan tentera memecah masuk rumah mereka di kem Jalazon di utara Ramallah.

Manakala kota di Beit Lahm, tentera menangkap Nicola Shibli Rizqallah, 62, bersama anak lelakinya Shibli, 33, selepas memecah masuk rumah mereka di Beit Jala. Sementara di Beit Fajjar di selatan Beit Lahm, seorang kanak-kanak berumur 15 tahun diarah hadir ke pusat interogasi di kawasan penempatan haram Gush Etzion selepas tentera menggeledah rumah keluarganya.

Seorang lagi pemuda, Ismael Tala Khalifa, ditangkap di bandar Al-Shyoukh di timur al-Khalil.

Di Nablus pula, gerombolan besar tentera menyerbu kota Sebastia dan Barqa serta kasawan sekitar. Mereka dipercayai akan menjalankan latihan di kawasan tersebut.

(PNN, IMEMC, Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts