Tentera Zionis tangkap 6 penduduk Palestin di Tulkarem dan al-Khalil

RAMALLAH, 9 Julai 2017 (PIC) — Sekurang-kurangnya enam penduduk Palestin ditangkap oleh tentera Zionis dalam operasi di Tebing Barat sepanjang malam tadi, atas tuduhan terlibat dalam aktiviti anti-penjajahan.

Empat orang ditangkap dari wilayah Tulkarem, termasuk seorang aktivis Hamas, dan dua bekas tahanan dari bandar Beit Ummar di utara wilayah al-Khalil.

Tentera Zionis yang menaiki lima buah jip menyerang masuk bandar Beit Ummar, mencetus huru hara di kalangan penduduk. Pada masa yang sama, tujuh buah jip tentera turut menyerbu masuk kem pelarian al-Aroub di utara al-Khalil, merosakkan tanah kawasan perkuburan Islam sebelum memecah masuk dan menggeledah rumah penduduk serta bangunan kedai.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts