Tentera Zionis tangkap 7 penduduk Palestin, curi emas dari rumah Syuhada Palestin

AL-QUDS, 25 Apr 2016 (WAFA) — Tentera Zionis pagi tadi menangkap tujuh penduduk Palestin di Tebing Barat dan al-Quds selepas memecah masuk ke dalam rumah mereka serta merosakkan perabut di dalamnya.

Daripada mereka yang ditangkap, empat adalah warga al-Khalil yang didakwa sebagai aktivis Hamas. Seorang lagi ditangkap di daerah Dzahiriyah. Manakala seorang bekas tahanan juga ditangkap semula.

Tentera Zionis juga dilaporkan mencuri 1.5kg emas bernilai US$60,000 dan wang tunai lebih US$1,000 dari rumah keluarga Syuhada Ibrahim Ahmad Awadh di Bet Amer, utara al-Khalil setelah mengurung ibu Ibrahim di dalam sebuah bilik. Mereka kemudian menggeledah seluruh rumah tersebut menggunakan anjing. Tentera Zionis terbabit kemudian berundur lari ke kawasan penempatan haram Yahudi di Karmei Zur.

Ibrahim Awadh meninggal dunia pada 10 Oktober 2015 akibat kecederaan ditembak tentera Zionis di Bet Amer pada 8 Oktober lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts