Tentera Zionis Tangkap 9 Pemuda, 2 Kanak-Kanak Perempuan di Al-Khalil

AL-KHALIL, 13 Dis 2017 — Tentera penjajah Zionis petang tadi menangkap sembilan pemuda dan dua kanak-kanak perempuan Palestin di wilayah al-Khalil.

Pemuda Munther al-Atrash, 22, ditangkap dalam pertempuran di bandar Halhul. Mereka turut menangkap Manar Abu Rayyan, 17, bersama seorang lagi kanak-kanak perempuan dari dalam sebuah ambulan yang sedang mengejarkan mereka ke hospital, setelah cedera dalam pertempuran yang sama.

Seramai lapan lagi pemuda ditangkap dan dilarikan ke destinasi rahsia selepas diserang hendap oleh tentera bedekatan kawasan Bab al-Zawiya di tengah kota al-Khalil.

(Sumber: PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts