Tentera Zionis tangkap ahli akademik dan pelajar Univerisiti an-Najah

NABLUS, 16 Apr 2017 (PIC) — Beberapa orang penduduk Palestin termasuk ahli akademik dan pelajar ditangkap oleh tentera Zionis dalam operasi di kota Nablus di Tebing Barat malam tadi.

Peronda tentera Zionis menyerbu masuk dan memeriksa puluhan buah rumah berdekatan kampus Universiti an-Najah. Mereka menyerbu masuk apartmen berdekatan dan memecah semua pintu untuk memburu pelajar.

Tentera turut memecah masuk bangunan kedai dan merampas kamera keselamatan.

Pada masa yang sama mereka memecah masuk rumah pelajar Univerisiti an-Najah, Ibrahim Abed, di bandar Tel, barat Nablus. Manakala pensyarah Dr Mustafa al-Shanar dikejarkan ke hospital selepas tentera memecah masuk rumah beliau dan mencetus huru-hara di dalamnya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts