Tentera Zionis tangkap bapa Hamzeh Zamaareh

AL-KHALIL, 8 Feb 2018 — Pertempuran tercetus di bandar Halhul di wilayah al-Khalil apabila tentera Zionis menyerbu kawasan tersebut sejurus selepas pemuda Hamzeh Youssif Zamaareh dibunuh oleh pengawal keselamatan Yahudi semalam.

Hamzeh, 19, ditembak di kawasan penempatan haram Karmei Tzur berdekatan Halhul selepas beliau menikam seorang pengawal keselamatan Yahudi, yang dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Selepas insiden, tentera Zionis menyerbu dan memecah masuk rumah keluarga Hamzeh dan menangkap bapanya, Youssif.

Kumpulan pemuda Palestin bertindak balas dengan membaling batu dan tin ke arah kenderaan tentera Zionis. Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan seramai 29 penduduk Palestin dirawat dalam pertempuran tersebut, di mana tujuh orang terkena tembakan peluru getah, tiga orang cedera dipukul dan 19 yang lain mengalami sesak nafas.

Manakala remaja Khaldun Mansour Karajeh, 18, ditangkap oleh tentera Zionis selepas dipukul.

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts