Tentera Zionis tangkap dua remaja perempuan di al-Khalil

AL-KHALIL, 29 Nov 2016 (Maan) — Tentera Zionis menangkap dua remaja perempuan Palestin di al-Khalil dalam dua insiden berlainan malam tadi.

Manar Khalid Ahmad Abu Madi, 18, ditahan berdekatan kawasan penempatan haram Kiryat Arba atas tuduhan membawa pisau.

Manakala Aya Salim Abu Markhiyah, 16, ditahan di sekatan tentera di Jalan Shuhada di Kota Lama al-Khalil tanpa alasan yang jelas.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts