Tentera Zionis tangkap gabenor kota Baitulmaqdis

KOTA BAITULMAQDIS, 20 Julai 2020 — Tentera penjajah Zionis sekali lagi menangkap gabenor kota Baitulmaqdis, Adnan Ghaith, dari rumahnya di bandar Silwan di selatan kota suci petang tadi.

Pasukan polis memecah masuk dan menggeledah rumah Adnan, merosakkan sebahagian isi rumah sebelum mengkap beliau.

Adnan telah ditangkap sebanyak 18 kali sejak dilantik menjadi gabenor pada bulan Ogos 2018. Beliau dilarang memasuki wilayah Tebing Barat serta dilarang berkomunikasi dengan kelompok tertentu.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts