NABLUS, 10 Okt 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis pagi tadi menangkap seorang gadis Palestin di sekatan tentera Zaatara di selatan Nablus sebelum menyekat pergerakan keluar-masuk penduduk Palestin di sekatan tersebut tanpa memberi sebarang alasan.
Puluhan askar dilaporkan mengepung gadis yang masih tidak dikenal pasti itu, dan mengarahkan beliau supaya tidak bergerak.
Penduduk bimbang bahawa pihak tentera penjajah akan mendakwa gadis tersebut sebagai cuba membuat serangan menikam tentera.