Tentera Zionis tangkap ibu dan adik Malek Obied sebagai tebusan

TULKAREM, 2 Ogos 2016 (Maan) — Rejim Zionis menangkap ibu dan adik kepada Malek Obied sebagai tebusan dalam usaha mereka memberi tekanan kepada Malek supaya menyerah diri.

Malek Obied adalah seorang pemuda Palestin dari perkampungan Farun yang dikehendaki oleh rejim Zionis. Ibunya Wafiqa Daoud Nasser Obeid dan adiknya Suleiman Ahmad Abed al-Qader Obeid ditangkap setelah hadir untuk disoal siasat oleh tentera Zionis.

Tentera Zionis turut membuat ugutan untuk menangkap adik perempuan Malek sekiranya beliau tidak menyerah diri.

Tentera Zionis berusaha untuk menangkap Malek dalam operasi pada waktu awal pagi di perkampungan Farun, tetapi gagal. Sebaliknya mereka menangkap empat pemuda Palestin yang lain.

Pihak rejim tidak memberi sebarang alasan kenapa mereka ingin menangkap Malek.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts