Tentera Zionis tangkap isteri tahanan Palestin

AL-KHALIL, 19 Julai 2016 (PIC) — Tentera Zionis menangkap isteri tahanan Nabil Musalma ketika beliau melawat suaminya di penjara Negev tengahari semalam. Tidak ada alasan diberikan.

Beliau dilaporkan dibawa ke sebuah pusat interogasi Zionis. Manakala suaminya pula dipindahkan ke pusat tahanan lai yang tidak diketahui lokasinya.

Musalma, bapa kepada tiga orang anak, telah merengkok dalam penjara selama 17 tahun apabila dijatuhkan hukuman selama 26 tahun. Beliau pernah ditangkap sebanyak lima kali, kali terakhir pada tahun 1994.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts