Tentera Zionis tangkap jurnalis wanita, 4 petani di Tebing Barat

AL-QUDS, 10 Apr 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis pagi tadi menangkap jurnalis Samah Dweik, 25, setelah menggeledah rumahnya di Ras al-Amoud, al-Quds atas dakwaan terlibat dengan aktiviti anti-penjajahan. Komputer dan beberapa peralatan peribadi beliau dirampas.

Samah yang bertugas di Quds News Network tersenarai di kalangan mereka yang diharamkan memasuki Masjid al-Aqsa oleh pasukan keselamatan Zionis.

Beliau merupakan jurnalis Palestin yang ke-17 ditahan dalam penjara Zionis.

Sementara itu di Nablus, empat petani Palestin ditangkap ketika dalam perjalanan menuju ke kebun mereka berdekatan kawasan penempatan haram Elan Moreh. Beberapa orang petani lain turut dihalang mengerjakan tanah pertanian mereka dan dihalau meninggalkan kawasan tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts