Tentera Zionis tangkap kanak-kanak 4 tahun, halang guru-guru ke sekolah

AL-KHALIL, 28 Mac 2018 — Tentera penjajah Zionis hari ini menangkap kanak-kanak Mohamed Abu Asnina, 4, di sekatan tentera Abu al-Rish berdekatan Masjid Ibrahimi, atas alasan beliau membawa satu “alat tajam”.

Ketika ditahan, Mohamed membawa satu perkakas rumah yang dipinjamkan untuk ibunya dari rumah jiran mereka.

Beliau dibebaskan kemudian selepas abangnya berkejar ke tempat kejadian dan membantah tindakan tentera Zionis.

Sementara itu beberapa orang guru wanita dihalang daripada menuju ke sekolah Qurtoba di Kota Lama al-Khalil. Mereka disekat di sebuah sekatan tentera di Jalan al-Shuhada.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts