AL-KHALIL, 6 Sep 2016 (MEMO) — Pertubuhan hak asasi B’Tselem melaporkan bahawa tentera Zionis menangkap kanak-kanak Palestin sekecil lapan tahun untuk dibawa kepada pendatang Yahudi supaya dicam jika terlibat dalam pergaduhan.
Pada 10 Ogos lalu, berikutan satu pergaduhan di antara kanak-kanak Palestin dan pendatang Yahudi di kota Lama al-Khalil, polis semapadan Zionis menangkap dan membawa dua kanak-kanak Palestin berumur 11 dan 12 tahun ke sebuah sekatan, dan meminta pendatang Yahudi mengenal pasti mereka.
Kemudian, tiga orang lagi kanak-kanak Palestin berumur di antara lapan dan 13 tahun dibawa untuk tujuan yang sama.
Pada malam itu, tentera Zionis memecah masuk sebuah rumah keluarga Palestin pada jam 2:00 pagi, dan menangkap kanak-kanak berumur lapan tahun untuk dibawa bserama bapanya ke balai polis. Mereka dibebaskan tiga jam kemudian.
Menurut B’Tselem, pergaduhan di antara kanak-kanak Palestin dan pendatang Yahudi adalah perkara yang biasa berlaku di pusat bandar al-Khalil.
Namun tentera Zionis mengambil langkah keterlaluan untuk mengesan kanak-kanak Palestin yang dituduh mengganggu anak-anak pendatang Yahudi, sedangkan kanak-kanak Palestin tidak diberi perindungan daripada tindakan ganas kanak-kanak pendatang Yahudi.