AL-QUDS, 27 Julai 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis melancarkan oeprasi besar-besaran menyerang dan menangkap penduduk serta bekas tahanan Palestin di Tebing Barat dan al-Quds awal pagi tadi.
Kejiranan Silwan di al-Quds Timur diserang masuk sejurus selepas tengah malam, di mana beberapa rumah penduduk dipecah masuk dan digeledah. Seramai 34 orang pemuda dan kanak-kanak, termasuk bekas tahanan, ditangkap dan dibawa ke stesen polis Zionis di al-Maskoubiya dan Salah Din.
Manakala di Nablus, seorang pemuda di tangkap di bandar Awarta di selatan kota itu. Bekas tahanan Sharib Sharab turut ditangkap setelah pihak tentera memecah masuk rumah beliau.
Di utara Tulkarem pula, seorang pemuda ditangkap apabila tentera Zionis memecah masuk rumah beliau secara ganas di bandar Balaa, dengan menyerang dan mencederakan ahli keluarga beliau.
Dua lagi penduduk termasuk seorang bekas tahanan ditangkap di al-Khalil.