Tentera Zionis tangkap pekerja Bulan Sabit Merah Palestin

GAZA, 14 Dis 2015 (PIC) — Seorang pekerja Bulan Sabit Merah Palestin ditangkap oleh tentera Zionis ketika dalam perjalanan dari Gaza ke Tebing Barat melalui pintu lintasan Beit Hanoun (Erez).

Mohamed Abu Jumaiza, 27 tahun, merupakan seorang juruteknik X-ray Bulan Sabit Merrah Palestin di Hospital Al-Quds. Beliau melalui lintasan tersebut bersama 25 rakan sekerja lain setelah mendapat kebenaran untuk menuju ke Ramallah bagi menghadiri satu latihan. Beliau bagaimanapun ditangkap tanpa diberi sebarang alasan, manakala semua rakannya yang lain dibenarkan melintas.

Keluarga beliau dimaklumkan melalui panggilan talifon, bahawa Mohamed ditahan di penjara al-Majdal setelah disoal-siasat selama beberapa jam di pusat tahanan di pintu lintasan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts