Tentera Zionis tangkap pemuda Palestin selepas dipukul pendatang Yahudi

AL-KHALIL, 5 Julai 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menangkap pemuda Palestin Hisham Abu Sisha, 22, selepas beliau dipukul oleh segerombolan pendatang Yahudi di Jalan Shuhada, kota al-Khalil malam tadi.

Tentera Zionis bagaimanapun tidak menangkap kumpulan pendatang Yahudi tersebut, sebaliknya menangkap dan menggari Hisham sebelum mengheret beliau masuk ke dalam kereta peronda dan melarikan beliau.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts