Tentera Zionis tangkap penduduk Palestin bersama anaknya di Lembah Jordan

TUBAS, 1 Feb 2018 — Tentera penjajah Zionis menangkap penduduk Palestin Abd el-Rahim Besharat bersama anak lelakinya Moath, selepas memecah masuk dan menggeledah khemah kediaman mereka di kawasan Kherbet al-Hadidia di timur Tubas, Lembah Jordan, hari ini.

Tentera Zionis turut memecah masuk dan menggeledah beberapa beberapa buah kemah keluarga-keluarga lain di perkampungan kecil tersebut, termasuk khemah milik keluarga Abdullah Odeh yang telah ditangkap pada hari Selasa lalu.

(WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts