Tentera Zionis Tangkap Pesakit Palestin serta Keluarganya

SALFIT, 23 Dis 2017 — Tentera penjajah Zionis petang tadi menangkap seorang penduduk Palestin yang sakit beserta isteri dan anak-anaknya di kawasan kebun mereka berdekatan Tembok Pemisah di bandar Haris, di barat wilayah Salfit.

Pasukan tentera memukul seorang anaknya secara agresif, mendakwa beliau cuba merosakkan kawat keselamatan berduri yang mengelilingi Tembok Pemisah. Husni Sultan, 52, yang berkejar ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan anaknya meminta bantuan, turut dipukul.

Tentera Zionis akhirnya menangkap semua ahli keluarga Husni Sultan; isterinya, beserta anak lelaki mereka Youssef, 15, Alaa al-Deen, 25, dan Habeeb, 20. Mereka diheret ke sebuah kem tentera Zionis di pos penempatan haram Ariel.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts