AL-KHALIL, 13 Mac 2017 (Maan) — Remaja Palestin Muhammad Munif Yousif Qazzaz, 15, terselamat daripada tuduhan membawa pisau atau insiden yang lebih tragis sebagaimana berlaku kepada remaja Palestin sebelum ini, namun ditangkap tanpa sebarang kesalahan apabila aktivis Palestin merakam aksi tentera Zionis cuba memerangkap beliau.
Remaja dari perkampungan Dura di al-Khalil itu ditahan selepas melintas sekatan tentera untuk memasuki Jalan al-Shuhada di Kota Lama al-Khalil petang tadi.
Zaidan al-Sharabati, aktivis dari Human Right Defenders, yang berada di tempat kejadian merakam bagaimana seorang askar mendekati Muhammad Munif sambil membawa sebilah pisau, merancang untuk menjadikannya sebagai bukti bahawa remaja tersebut membawa pisau.
Beberapa kejadian sebelum ini menyaksikan penduduk Palestin ditembak mati dengan tuduhan membawa pisau atau cuba menyerang tentera Zionis.