Tentera Zionis tangkap semula 57 tukaran tahanan

RAMALLAH, 17 Okt 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menangkap semula 57 bekas tahanan Palestin yang dibebaskan dalam perjanjian tukaran tahanan Wafa al-Ahrar lima tahun lalu, sekaligus mencabul perjanjian tersebut.

Pengarah Pusat Kajian Tahanan Palestin, Riad al-Ashqar, mempersoal sikap Mesir sebagai mediator perjanjian tersebut yang tidak mengambil peduli untuk membebaskan bekas tahanan berkenaan.

Menurut Riad, 50 daripada mereka yang ditangkap semula itu berhadapan dengan penguatkuasaan semula hukuman asal ke atas mereka.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts