Tentera Zionis tangkap wanita muda Palestin dekat Masjid Ibrahimi

AL-KHALIL, 9 Ogos 2016 (Maan) — Tentera penjajah Zionis petang semalam menangkap seorang wanita muda Palestin, Taghrid al-Atrash, berdekatan Masjid Ibrahimi atas tuduhan membawa sebilah pisau dan cuba menikam askar.

Tentera yang berkawal di salah satu pintu ke Masjid Ibrahimi dilaporkan menjerit ke arah Taghrid dan kemudian menyembur gas lada pemedih mata, sambil mendakwa mangsa telah mengacu sebilah pisau.

Penduduk Palestin di kota al-Khalil ditangkap hampir setiap hari, terutamanya di kawasan H2 yang dikawal sepenuhnya oleh tentera Zionis. Penduduk Palestin yang berumur di antara 15 dan 30 tahun dan tidak berdaftar sebagai penduduk di kawasan H2 diharamkan memasuki kawasan tersebut, menyebabkan ahli keluarga, saudara mara dan rakan taulan terpisah sehingga mereka terpaksa mengambil risiko dan cuba merentangi halangan tentera Zionis untuk meneruskan kehidupan seharian.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts