Tentera Zionis tangkap warga emas dan kanak-kanak di al-Khalil

AL-KHALIL, 19 Feb 2018 — Tentera Zionis menangkap seorang warga emas dan dua orang kanak-kanak di kota al-Khalil malam tadi.

Sepasukan tentera Zionis memecah masuk rumah Suleiman Abdel-Qader al-Tamimi, 75, dan kemudian menangkap beliau sebelum menggeledah rumahnya. Suleiman dilaporkan mengidap beberapa penyakit kronik.

Tentera Zionis turut menangkap dua kanak-kanak berumur 13 tahun, Hani A’id Abu Sneineh, dan Yousef Nasser Ghalameh, di sebuah sekatan tentera berdekatan Masjid Ibrahimi.

Di samping itu sebilangan rumah penduduk Palestin di kota al-Khalil dan bandar-bandar sekitarnya Tarqumiya, Atna, Beit Ila, Nuba dan Deir Samet dipecah masuk dan digeledah sepanjang malam tadi.

(PNN)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts