Tentera Zionis tebang lebih 250 pokok zaitun untuk bina jalan khusus pandatang Yahudi

QALQILYA, 9 Jan 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menebang lebih 250 pokok zaitun milik penduduk Palestin di perkampungan Azzun dan Izbat al-Tabib di timur kota Qalqilya bagi membina sebatang jalan khusus untuk pendatang Yahudi.

Jalan sepanjang tiga kilometer akan dibina bagi menghubungkan kawasan penempatan haram Karnei Shomron dan Alfei Menashe, kedua-duanya dibina di atas tanah penduduk Palestin. Susulan pembinaan tersebut, sebatang lagi jalan sejauh 10 kilometer akan dibina di atas tanah penduduk Palestin di Azzun, Izbat al-Tabib dan kawasan sekitarnya.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts