Tentera Zionis Telah Menyekat Ratusan Penduduk Bandar Jenin

Jenin-Nablus, 19/1/12-  Tentera Zionis telah melakukan beberapa pemeriksaan secara mengejut selepas Zohor tadi di jalan Jenin-Nablus, Palestin, dan telah menyekat ratusan penduduk untuk melalui jalan itu.

Penduduk  berkata, sekatan itu  terbentuk daripada satu barisan kereta yang panjang di tepi-tepi jalan dengan beberapa orang tentera sedang menyekat jalan. Mereka melakukan sekatan ini di kawasan-kawasan yang terbuka.

Penduduk juga berkata bahawa pegawai risikan zionis telah menyoal penduduk dengan pelbagai soalan dan juga memeriksa identi mereka dengan teliti serta memeriksa kenderaan mereka secara rawak.

 

Diterjemahkan oleh Muhammad Zulkarnain bin Ahmad
Sumber :  palestine-info

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts