Tentera Zionis tembak 9 pelajar Universiti Kadoorie

TULKAREM, 20 Dis 2015 (Maan) — Sekurang-kurangnya sembilan orang siswa cedera ditembak dalam satu pertempuran di luar kawasan kampus Universiti Teknikal Palestin – Kadoorie.

Pertempuran tercetus apabila sekumpulan tentera Zionis dikerahkan ke sebuah pengkalan tentera yang dibina secara haram di dalam kawasan kampus tersebut. Tentera dilaporkan memasuki bangunan universiti dan kemudiannnya dihalang oleh para siswa dengan membaling batu.

Empat mangsa ditembak dengan peluru hidup dan lima lagi dengan peluru getah. Seorang paramedik turut cedera ditembak dengan peluru getah ketika membantu memindahkan siswa yang tercedera.

Puluhan yang lain dilaporkan mengalami sesak nafas diserang dengan gas pemedih mata.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts