KHAN YOUNIS, 7 Ogos 2016 (PIC) — Tentera laut Zionis melepaskan tembakan mesingan ke arah bot-bot nelayan Gaza di perairan Khan Younis di selatan Gaza pagi semalam.
Tembakan tersebut menghalang para nelayan meneruskan usaha mencari rezki dan memaksa mereka berpatah balik ke darat. Tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan.