Tentera Zionis tembak dan culik kanak-kanak Palestin di Ramallah

BEIT LAHM, 10 Nov 2016 (IMEMC) — Kanak-kanak Palestin Anas Mahmoud Zeid, 15, cedera ditembak di bahagian peha dalam satu pertempuran yang tercetus berdekatan sekatan Atara di utara Ramallah, ketika para pelajar mengadakan perarakan memperingati ulang tahun ke-12 pemergian Yasser Arafat.

Anas dtembak dengan peluru hidup ketika berada sejauh 15 meter dari sekatan tentera tersebut. Beliau kemudiannya diheret dan dimasukkan ke dalam sebuah jip tentera, tanpa diberi sebarang bantuan perubatan.

Sejurus selepas kejadian, tentera penjajah menutup sekatan bagi menyekat pergerakaan kenderaan penduduk Palestin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts