Tentera Zionis tembak dan tangkap remaja perempuan Palestin

RAMALLAH, 23 Mei 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menangkap remaja perempuan Taqwa Hammad, 17, di bandar Silwad, Ramallah, selepas menembak beliau tanpa sebarang alasan.

Sebuah ambulan Palestin berkejar ke tempat kejadian dan pasukan paramedik mula merawat mangsa. Bagaimanapun, tentera Zionis menangkap beliau dari dalam ambulan tersebut.

Taqwa yang ditembak di bahagian peha dibawa ke Hospital Hadassah.

Beliau adalah adik kepada Anas Hammad yang telah dibunh oleh Yahudi pada tahun 2015. Keluarganya kerap kali diganggu oleh tentera Zionis, di mana ayahnya telah beberapa kali ditangkap dan abangnya, Abdurahim, masih dikurung dalam penjara. Seorang lagi abangnya, Anas, juga telah dibunuh.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts